Monday, 3 February 2020

Ekor Kijang Putih



Ekor Kijang Putih - Generate Powerful Aura
Teramat sukar diperolehi, dapat bertemu atau melihat kelibat kijang putih pun sudah dianggap suatu tuah kerana ianya adalah spesis kijang yang sukar ditemui dan dapat ghaib dengan sekelip mata.

Kijang putih sama halnya dengan pohon senduduk putih, iaitu keseluruhan pohon termasuk daun, bunga sampai ke akar berwarna putih,

ia dipercayai memiliki 1001 khasiat dan dapat ghaib dari pandangan mata dengan sekelip mata sahaja, ia dipercayai dipelihara oleh makhluk bunian.

Hanya mereka yang benar-benar bertuah dapat memilikinya.
Tentang kelebihan dan cara guna ekor kijang putih akan diberitahu hanya kepada mereka yang berminat,

cara paling mudah ialah dengan mencampurkan beberapa helai ekor kijang putih kedalam botol minyak wangi kasturi anda, dan dibawa kemana-mana, ia dipercayai dapat menguatkan lagi gelombang aura wangian kasturi anda.

Jika nak beli semua harganya rm12000 percuma sebuah kotak baldu biru, jika tidak mampu boleh beli dengan jumlah yang sedikit, rm75 satu paket




Pusat Kijang Emas Baru Dapat Dari Kelantan



Alhamdulilah rezeki - Pusat Kijang Emas / Golden Deer dari kelantan.. extremely rare item, tidak akan dijual walaupun ditawarkan dengan harga Rm25000,

Mulai hari ini Saya akan lebihkan campuran pati dari jenis Kijang Emas ke dalam wangian Kasturi Wali , 

aromanya akan bertambah manis dan nikmat, BERUNTUNG lah mereka yang dapat memiliki sebotol kasturi wali kerana didalamnya terdapat serbuk emas hitam, yang mana ianya dijual secara timbang gram dipasaran dunia sama seperti emas tulin.


Pusat Kijang Emas dari Kelantan


Sunday, 20 October 2019

Pengurusan Stress

Dalam keadaan dunia globalisasi sekarang, jarak manusia pelbagai kaum dan negara dah menjadi semakin dekat dan hampir tiada sempadannya,

peluang ini diambil oleh golongan yang tidak bertangungjawab untuk menyebarkan fitnah dan perkara yang tidak betul dengan tujuan mencipta konflik yang bermatlamatkan duit dan keuntungan dunia yang bersifat sementara,

Dengan teknologi 4G dan 5G, masa seolah-olah bergerak lebih pantas mendorong manusia mengejar waktu dan wang setiap masa dan ketika,

keadaan ini jika berlanjutan dalam tempoh masa yang lama akan menyebabkan renggangnya kasih sayang antara suami dan isteri serta anak-anak dengan ibu-bapa, impaknya ialah konflik dalaman keluarga dan berita sadis yang kita dengar baru-baru ini yang melibatkan sebuah keluarga di Melaka.

kita sebagai umat islam seharusnya berfikir dahulu sebelum menerima sesuatu maklumat dan tidak bersikap terburu-buru kerana sikap tergesa-gesa itu sendiri didorong oleh nafsu dan hasutan syaitan.

Setiap tindakan perlu lah dipertimbangkan dengan akal yang waras, jiwa yang matang, dan dengan penuh kesabaran, kerana sabar itu sendiri separuh daripada iman.
Memaafkan kesalahan orang lain bukan bererti kita kalah tetapi ia adalah sifat terpuji nabi Muhammad s.a.w yang perlu kita teladani.

Marilah kita umat islam yang taat mengikut akhlak terpuji Rasulullah s.a.w, dengan menerapkan sifat-sifat terpuji nabi seperti siddiq, tabligh amanah dan fatanah.

Luangkan masa bersama isteri dan anak-anak ditempat-tempat perkelahan, nikmati kedamaian alam bersama-sama keluarga tersayang, ingat ketika kita sakit anak isteri lah yang akan teman dan menjaga kita, sesibuk mana kita jangan sesekali tinggal dan abaikan keluarga.

Mungkin bagi anda ini adalah perkara kecil tetapi bagi keluarga, masa yang anda luangkan sangat berharga dan bermakna untuk dikenang sepanjang hayat.

Semoga kita semua mendapat rahmat dan keredhaan Allah s.w.t, insyaAllah, aminn.

Dibawah artikel ini sy pamerkan tiga jenis barangan kesayangan saya, susah senang sentiasa setia dibawa bersama kemana sahaja, ia juga bertindak sebagai therapi minda dan penenang jiwa, ianya ialah sebotol Kasturi Wali botol antik, sebentuk replika cincin Nabi Muhammad S.A.W dan sebiji buah Zuriat Jabal Uhud.



Hati menjadi tenang dengan berzikir dan mengingati Allah



Wednesday, 2 October 2019

Kedudukan Minyak Wangi Dalam Peradaban Islam

Minyak wangi mempunyai kedudukan yang istimewa dalam peradaban islam, ia termasuk dalam kategori barangan sunnah dan hadiah yang tidak boleh ditolak
sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam,

من عرض عليه طيب فلا يرد ه فإ نه خفيف المحمل و طيب الرائحة

“Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah dia menolaknya, sesungguhnya ia itu ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya.” (Shahih riwayat Ahmad, Nasa’i, Muslim dan Abu Dawud dari jalan Abu Hurairah)

 “Tiga perkara yang tidak boleh ditolak: bantal-bantal, minyak wangi, dan susu.” (HR. At Tirmidzi dari Umar, dan terdapat di dalam Shahihul Jami’ [3046] dan Ash Shahihah [619] dan Shahih At Tirmidzi [2241])

Minyak wangi juga tergolong dalam lima jenis barangan yang sentiasa dibawa nabi Muhammad S.AW kemana-mana, sudah tentu besar fadhilatnya

Antara barang yang sentiasa dibawa Rasulullah s.a.w,

1 - Sebotol minyak wangi
2 - Sikat
3 - Gunting kecil
4 - Siwak
5 - Cermin


Antara barang yang sentiasa dibawa oleh tuan blog kemana sahaja, sebotol kasturi antik, sebentuk cincin replika Nabi Muhammad s.a.w, dan sebiji buah zuriat Jabal Uhud yang memiliki dzat yang luar biasa.

Monday, 26 August 2019

Hijjaz - Renungkan

...

Zikraa - Tafakur

...

Sunday, 25 August 2019

Kasturi Wali dapat memanggil dan menjinakkan Lalat Emas (lalat bersih) dalam sekelip mata

...

Thursday, 22 August 2019

Produk Terbaru Kasturi Wali

Oleh kerana terdapat permintaan yang agak tinggi keatas bulu kijang bertuah seperti Kijang Putih dan Kijang Emas pihak kami ada menyediakan gabungan pelbagai jenis bulu kijang dalam satu beg plastik pada harga mampu milik.

Kini mereka yang berhajat kepada kasturi asli atau bulu kijang putih tidak perlu lagi meredah hutan belantara mendaki gunung-ganang dan merentas berbagai benua semata-mata untuk mendapatkan barangan bertuah ini, segalanya berada di hujung jari dan item akan sampai depan pintu rumah anda dalam masa beberapa hari sahaja.


Tentang kegunaan bulu kijang putih ini ia lebih kepada tarikan kepada sesuatu yang baik dan positif, sebab itu ia menjadi buruan kaki pancing/ nelayan dan ahli perniagaan sejak zaman dahulu lagi.

Dari sudut kajian sains pula bulu kijang juga bergetar pada frekuensi tertentu. Getaran bulu kijang bersifat positif kerana kijang itu sendiri digemari oleh sesiapa sahaja, ia berbeza dengan gelombang bulu harimau yang bersifat berlawanan kerana ditakuti oleh manusia dan juga haiwan lain.

Menurut sahabat Maulana Radin, bulu kijang juga dapat menguatkan gelombang minyak kasturi dengan cara mencampurkannya ke dalam botol kasturi. Mereka yang memakai kasturi ini dikatakan mempunyai tarikan yang kuat. Walaubagaimanapun semuanya dengan izin Allah s.w.t dan kita sebagai hambanya disuruh berusaha dan berikhtiar, semoga kita semua mendapat kemudahan dan kemenangan dunia dan akhirat, insyaallah.



Gabungan berbagai bulu kijang dalam satu beg plastik, terdiri dari bulu Kijang Emas, Kijang Hitam dan kepelbagaian spesis dari jenis Kijang putih.
Rm70 sebungkus. (Stok adalah terhad)

Sunnah Rasulullah saw Dalam Wangian

Nabi saw bersabda :

“ perkara yang disukai oleh aku daripada dunia, wanita yang halal dan wangian. “

Rasulullah saw sangat meyukai wangian dan membenci bau yang busuk. Oleh yang demikian nabi saw tidak menyukai bawang putih, merah dan tumbuhan yang busuk.


Apabila ditanya nabi saw akan hal ini, nabi saw akan menjawab ini adalah kerana aku seorang pemohon. Bermaksud, aku memohon kepada tuhanku dan malaikat turun kepadaku sebab itulah aku tak mahu ada padaku bau busuk.


Allah SWT mengurniakan nabi saw dengan wangian semulajadi. Peluh nabi saw lebih wangi dari minyak wangi.


Pada suatu hari nabi saw tidur di rumah Ummu Salamah. Ketika itu Baginda saw sedang tidur dan Baginda saw berpeluh, lalu datang Ummu Salamah dan mengumpul peluh yang ada di atas lengan nabi saw. Apabila nabi saw terjaga, nabi saw pun bertanya pada Ummu Salamah akan sebab dia melakukannya dan Ummu Salamah menjawab :


“ Kami nakkan wangian yang terbaik untuk kami. “


Lalu nabi saw berkata : “ Kamu benar. “


Bermaknanya wangian ini dalam kehidupan nabi saw sehinggakan Baginda saw menjadikannya 1/3 dari mas kahwin Fatimah ra.


Antara sunnah dalam wangian adalah nabi saw mengajar kita agar tidak menolak wangian apabila menerima ia sebagai hadiah atau diberi di tempat yang khusus. Nabi saw suka menggunakan wangian kasturi. Sabda Baginda saw :


“ sebaik-baik wangian ialah KASTURI. “


Selain itu, nabi saw juga menyukai ‘anbar dan Faghia( bunga dari pohon inai ) serta wangian raihan. Nabi saw bersabda :

“ sesiapa yang mendapat raihan maka jangan ditolak, kerana ia berasal dari syurga. “




Kasturi Wali Bersama sebentuk cincin replika Nabi Muhammad s.a.w



Tuesday, 20 August 2019

Bagaimanakah Aroma Kasturi Wali?

Susah hendak memberi jawapan secara tepat sebenarnya kerana definisi wangi itu sendiri sesuatu yang subjektif, ia berbeza-beza menurut pendapat, kepercayaan, cinta yang mendalam, deria rasa dan deria-deria lain yang tidak dapat diterjemahkan dalam bahasa atau perbendaharaan yang wujud dari seseorang individu.

Kasturi asli secara umumnya menurut pengalaman saya berbau lembut, manis, menyegarkan, mempersonakan dan tidak menyakitkan hidung berbeza dengan kasturi sintetik.
setiap kantung kijang mengeluarkan aroma yang berbeza-beza bukti kekayaan Allah s.w.t yang menjadikan wangi kasturi itu berbagai-bagai.

Misalnya kasturi dari kijang putih mengeluarkan aroma yang lebih kepada maskulin / kejantanan lelaki / hero.

Kasturi dari kijang emas lebih mirip kepada seseorang dengan keperibadian yang merendah diri, warak dan tawadhuk.

Kasturi kijang hitam berbau manis dan memikat lebih kepada ketampanan. Gabungan daripada berbagai jenis kantung kasturi ini menghasilkan suatu aroma yang unik dan tersendiri, ia mengeluarkan bauan yang berlainan bergantung pada individu yang memakainya.

Pendek kata 'lain orang, lain bau kasturi wali ini'. Ia berkait rapat dengan bau badan, diet pemakanan, peluh dan aura mana yang lebih dominan bagi seseorang.

Secara keseluruhannya Kasturi Wali menyerlahkan keyakinan diri, mempamerkan suatu daya tarikan diri yang kuat serta membentuk suatu identiti unik kepada pemakai yang pasti tidak mengecewakan.



Friday, 22 February 2019

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati



Pengunaan kasturi yang benar-benar asli yakni minyak yang terhasil dari ekstrak kantung kijang khususnya Kasturi Wali sebagai suatu petua mencegah dari gangguan makhluk halus telah diamalkan oleh orang tua-tua sejak dahulu lagi.

Walaupun tiada bukti secara saintifik ianya berkesan seratus-peratus, namun tidak salah mencuba dan berikhtiar dengan kasturi, bak kata pepatah, ‘’jika tiada angin bertiup tak akan ada pokok bergoyang’’.

Teringat pesan orang dulu-dulu, selepas musim tengkujuh ketika angin monsun bergerak dari tanah besar china elakkan kanak-kanak dan ibu mengandung dari bermain di tepi pantai kerana ketika itu banyak penyakit yang datang asbab dari makhluk halus dari laut.

Mungkin ada yang menyangkal atau tidak pecaya kepada benda-benda ghaib sebegini tapi pada kenyataannya memang berlaku pertambahan pesakit secara mendadak selepas musim-musim berangin sejuk sebegini. 

Jika melihat pada hakikat kejadian hukum alam ini yang baik akan mendekat kepada yang baik dan yang buruk akan mendekat kepada yang buruk seperti suatu daya tarikan magnet, dalam sains moden ia dipanggil law of attraction.

Terdapat terlalu banyak contoh, kisah dan sirah nabi yang boleh dijadikan kajian, pengajaran dan pedoman , supaya mudah difahami hukum 'tarikan' dan 'penolakan', ia ibarat seperti orang yang baik tidak akan berkawan dengan orang yang jahat dan orang jahat tidak akan berkawan dengan orang yang baik kerana sifat mereka berlawanan. 

Misalnya sesuatu yang buruk / makhluk yang tidak baik lebih cenderung kepada tempat tinggal yang kotor seperti longkang, tandas dan tong sampah dan begitulah sebaliknya yang baik suka kepada kebaikan, kebersihan dan wangian. 

Sebagai contoh lebah yang mendatangkan ubat, baik dari madu dan juga sengatannya, hanya mencari bunga-bungaan herba terpilih, berbeza dengan lalat yang mendatangkan penyakit suka menghinggap kepada najis dan bangkai yang kotor.

Khinzir, kancil dan kijang juga boleh dibuat perbandingan, baik dari segi tempat tinggal, akhlak dan pemakanan. 

Bukan maksud saya mengatakan khinzir itu tidak baik, kerana setiap haiwan mempunyai fungsi dan peranan masing-masing, cuba fikirkan jika tiada khinzir, siapa yang akan memakan dan membersihkan bangkai dan benda-benda busuk ditempat pembuangan sampah. 

Dan jika tiada lebah dan rusa pula siapa yang akan sanggup mencari tumbuh-tumbuhan herba didalam hutan belantara, semuanya bermanfaat dan tidak diciptakan sia-sia.

Apa yang ingin difahamkan disini ialah konsep dan aturan alam iaitu yang ‘buruk’ tidak akan cenderung kepada yang baik dan yang ‘baik’ tidak akan cenderung kepada yang buruk.

Kasturi datang dari haiwan pembersih bernama kijang yang memang tabiat dan pemakanannya diakui bersih dan baik sehingga dijadikan haiwan peliharaan bagi golongan Raja zaman dahulu, sifat wangi kantung kijang itu adalah 'azali' iaitu anugerah besar dari Allah s.w.t iaitu bukan dibuat-buat dari bahan pewangi sintetik .

Semoga dengan pemakaian Kasturi Wali ini dapat menjauhi makhluk yang tidak baik, dalam masa yang sama dapat menarik kebaikan insyaAllah . Lalat sampah dan nyamuk juga tidak menyukai haruman kasturi asli dan menjauhkan diri dari si pemakai kasturi. Marilah kita mencontohi akhlak dan adab Rasulullah s.a.w yang sangat menyukai kebersihan dan wangian.
Agar kita semua mendapat kebaikan, manfaat dan keredhaan Allah s.w.t dari amalan mencontohi nabi Muhammad Rasulullah s.a.w.. InsyaAllah, aminn.

Saturday, 5 January 2019

Lambakan Kasturi Tiruan Di Pasaran


Harga bagi bahan asas untuk membuat kasturi adalah sangat mahal, sebiji ibu kasturi atau panggilan nama lainnya ''Pusat Kijang", atau ''Kantung Kijang'' berharga antara rm3000 hingga Rm25000 sebiji bergantung pada grade dan rarity, lantaran harganya yang mahal jarang orang sanggup mengambil risiko membeli dan memperosesnya. 
Jadi ada sesetengah pihak yang ingin mengaut keuntungan dengan kerja mudah membeli kasturi imitation dari perancis, rebranding balik dengan nama tempatan dan jual balik atas nama kasturi asli.
Perbuatan seperti ini kurang professional kerana menimbulkan beberapa tanda tanya seperti :-

* adakah ianya benar-benar asli kasturi dari Kijang? sedangkan wangian yang diproses dari musang, ikan dan sejenis harimau pun orang putih panggil kasturi

* kenapa harganya murah? sedangkan bahan mentahnya sangat mahal?

* Adakah Kasturi dari negara orang putih itu diperbuat dari sumber yang halal? tiada sebarang campuran dari sumber yang dilarang?

* Adakah cara pemprosesanya berhemah dan beradab? iaitu tiada sebarang penganiayaan keatas haiwan 

Jadi persoalan-persoalan seperti ini harus kita kaji dan fikir balik, janganlah kita fikir tentang keuntungan dunia yang bersifat sementara sahaja sebaliknya tanggungjawab keatas ummah perlu diutamakan.

Kami di Kasturi Wali mempamerkan bahan utama membuat kasturi iaitu “kantung kijang’’ Dari spesis Kijang Putih yang berharga Rm10000 dan Kijang Emas yang berharga Rm50000 sebagai bahan bukti keaslian wangian Kasturi Wali


Wednesday, 5 December 2018



Petikan berita Mail Online mengenai penemuan Kijang Putih di utara Norway

This rare white baby reindeer almost disappears into the snowy background in these magical wintry snaps.

Having emerged from the nearby woods in northern Norway with its brown mother, the calf happily posed for photographs in the snow.

White reindeer, which are not albino, have a rare genetic mutation that strips their fur of pigment.

The indigenous Sami people, who live in an area stretching across Norway, Sweden Finland and Russia, believe a white reindeer is a sign of luck.

This little reindeer would have been just a few months old, as calves are born in May each year.

Photographer Mads Nordsveen, from the capital Oslo, was on a hiking trip with friends when he spotted the white reindeer calf.

The 24-year-old said: 'I was walking in the mountains looking for nice landscapes for my travel photography when out of nowhere I saw this wonderful little creature.

He came very close to me and we looked at each other straight in the eyes.

'He was quite relaxed when he saw that I was calm and friendly. It was almost as if he posed for the camera.

'He was very curious and fun. Like a little explorer.

'After some minutes the mother of the baby reindeer came out of trees just behind.

'It walked around for some minutes before running back to its mother.

'It was very magical and a fairytale moment.'

Monday, 3 December 2018

Tentu Adanya Kelebihan dari Anbar Dan Kasturi

Selain Kasturi, Rasulullah s.a.w juga menyukai ‘anbar’. Ini sebagaimana kita dapati dalam sebuah hadis riwayat Imam An-Nasa’i.
عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ أَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَطَيَّبُ قَالَتْ نَعَمْ بِذِكَارَةِ الطِّيبِ الْمِسْكِ وَالْعَنْبَرِ
Dari Muhammad bin Ali ia berkata, “Aku pernah bertanya kepada ‘Aisyah, ‘Apakah Rasulullah s.a.w memakai parfum? Ia menjawab, “Ya, dengan minyak wangi misik dan ‘anbar.” (HR. Nasa’i).


Semoga terbitnya suatu keberkahan dari amalan mencontohi junjungan besar nabi Muhammad Rasulullah salallahualaihiwasalam. InsyaAllah, aminn.


Kajian Berkenaan Kasturi





Kajian mengenai khasiat haruman kasturi telah dilakukan sejak zaman berzaman.Abu Yusuf Ya'quq ibn Ishaq Al Kindi atau lebih dikenali di seluruh dunia sebagai Al-Kindi merupakan antara tokoh-tokoh falsafah Islam terbilang yang telah mengkaji dan menggunakan kasturi didalam kajiannya mengenai kimia dan haruman.

Beliau telah menghasilkan sebuah kitab mengenai haruman yang diberi nama Kitab Kimiya al'Itr (Book Of the Chemistry of the Perfume)Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam yang lain,kasturi didapati mempunyai terlalu banyak khasiat dan keistimewaan,antaranya:

Memberi kekuatan pada roh

Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi merupakan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW: “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi”

(Hadis Riwayat Muslim)

Memberi Ketenangkan Jiwa

Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak

Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan

Menghilangkan debaran jantung

Menghilangkan Sesak Nafas

Melegakan Lelah (Asma)

Mampu menyedarkan orang yang pengsan

Memperkuatkan organ luaran tubuh

Memperkuatkan organ dalaman tubuh

Menghilangkan rasa gementar

Menghilangkan sejuk tubuh

Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh

Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang

Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing

Menjernihkan mata putih pada mata

Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan

Mencegah wabak penyakit

Melanjutkan usia

Menguatkan tubuh badan. Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (seperti kasturi)

Tuesday, 20 November 2018

Riwayat Berkenaan Kasturi


Terdapat beberapa riwayat yang jelas tentang perkaitan antara wangi-wangian itu dengan nikmat di syurga. Iman Ibnu Qayyim rah pernah menulis,"Sesungguhnya Allah swt telah memperlihatkan kepada para hambaNya di dunia ini akan beberapa kesan yang berupa ciri-ciri syurga, Sebagai contohnya bau-bauan yang wangi dan sedap, kedinginan, pemandangan yang indah, buah-buahan yang baik-baik, segala nikmat kesukaan dan kesenangan."

ABU Hurairah berkata: "Ya Rasulullah SAW,daripada apakah dibuat syurga itu? Jawab Baginda: "Daripada air." Kami bertanya: "Beritakan mengenai bangunan syurga!" Jawab Rasulullah bermaksud: "satu bata daripada emas dan satu bata lagi daripada perak dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari zafaran, kerikilnya mutiara dan vakut. (Hadis riwayat Al-Bazzar).

Dalam sebuah hadis lain diceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Tanah syurga itu licin putih, kasturi murni." (Hadis riwayat Muslim).Harumnya bau syurga ini dapat dicium dari jarak perjalanan 100 tahun.


Tuesday, 16 October 2018

Lebih Selamat Memilih Kasturi Tempatan

Kasturi mengikut pengertian atau kefahaman masyarakat melayu merujuk kepada sejenis wangian yang dihasilkan dari haiwan bernama kijang.

Berbeza pula kasturi menurut kefahaman masyarakat luar, yang mana wangian daripada musang pun dirujuk kepada kasturi juga (civet musk).

Bagi masyarakat melayu, kijang dan musang itu tidak serupa sama sekali, Kijang adalah haiwan mamalia berdarah panas yang hanya memakan tumbuh-tumbuhan herba terpilih sahaja, ia adalah haiwan  peliharaan istimewa bagi golongan raja dan pembesar serta menjadi ikon kepada kerajaan melayu silam.
 manakala musang adalah haiwan rakus pemangsa bertaring yang memakan apa sahaja termasuk haiwan-haiwan peliharaan dan menjadi musuh kepada penternak.


Wangian daripada kijang tidak boleh disamakan dengan wangian daripada musang kerana ia adalah haiwan yang sangat jauh berbeza baik dari segi zat, sifat, asma' dan af 'al nya. Sebab itu adalah lebih selamat memilih wangian kasturi tempatan berbanding yang luar, yang mana kurang jelas asal-usul dan cara pembuatannya.

Kenapa memilih wangian luar negara yang kita sendiri tak tahu cara pemprosesannya? halal atau haram sumbernya? bagaimana kaedah atau tertib pembuatannya?
pilihlah produk wangian muslim yang mana kita yakin akan kehalalannya untuk dilumur pada badan dan pakaian
moga kita semua terlindung dari syubahah yang terlarang, sebaliknya mendapat keberkahan yang berkekalan dari amalan nabi yang menjadi ikutan dan tauladan. insyaAllah

Sunday, 14 October 2018

Pengunaan Kasturi Wali dalam minyak urut

Sepertimana yang telah saya terangkan dalam posting-posting sebelum ini, Kasturi asli bukan sahaja sekadar minyak wangi biasa malah boleh digunakan sebagai suatu alternatif dalam bidang-bidang lain yang tidak dapat diselesaikan dengan cara moden, berdasarkan testimoni, Kasturi Wali yang dicampur kedalam minyak urut dapat membuang penyakit angin dalam badan, sakit pada sendi dan gangguan misteri dan berbagai lagi, tapi urutan hendaklah dilakukan secara istiqamah/ berterusan dalam jangka masa panjang sehingga ternampak kesannya.
Untuk therapy kesihatan tubuh badan elok dicampurkan kasturi dengan minyak zaitun dan dilumur pada permukaan kulit dan anggota badan, (external use only).
Rasullullah ﷺ dikatakan mengunakan minyak zaitun pada rambut, kening, janggut, kelopak mata dan anggota badan yang lain. Pada setiap perbuatan baginda pasti tersirat hikmah tertentu.
Sabda baginda,"Makanlah zaitun dan sapulah minyak zaitun, Sesungguhnya ia daripada pohon yang diberkati." Allah ﷻ menyatakan bahawa terdapat keberkatan pada pokok zaitun.


Kasturi Wali untuk kegunaan pagar rumah atau pelaris premis perniagaan :

Cara guna campurkan beberapa titis kasturi wali kedalam alat penyembur air yang berisi air kosong, goncangkan hingga sebati lalu spray pada luar dan dalam rumah, pada premis perniagaan, boleh juga disembur pada kenderaan seperti kereta, bot menangkap ikan, pukat dan joran untuk membuang badi / ion cas negetif yang tidak baik.

Contoh Kijang Normal dan Kijang Putih serta sedikit penerangan , sila rujuk pada gambar

Ini adalah contoh kijang liar normal yang terdapat di hutan tebal tropika, ia berwarna coklat cerah, sangat sukar ditemui sehinggakan orang asli pun jarang menemui haiwan bernama kijang ini.

Ini adalah contoh Kijang Putih, jika kijang normal sukar ditemui, Kijang Putih 1000 kali ganda lebih payah jumpa berbanding kijang biasa, boleh dikatakan satu dalam sejuta, Menurut orang tua-tua Kijang Putih memiliki berbagai kesaktian, sering kali peluru senapang tersasar ketika cubaan menembaknya, jika mengenai sasaran pun peluru tidak berjaya menembusi Kijang Putih. hanya orang berilmu tinggi sahaja dapat menewaskan Kijang Putih

Ini adalah pusat kijang normal, ia adalah bahan utama untuk membuat minyak kasturi asli, didalam pusat kijang terdapat ' isi pusat kijang' ia berbentuk seperti biji-biji nescafe, berwarna hitam dan berbau wangi, apabila diproses menjadi minyak wangi, minyak itu wajib berwarna hitam seperti air kopi.
inilah antara ciri-ciri kasturi asli.

Ini pula adalah pusat / kantung Kijang Emas / Golden Deer, milik kami Kasturi Wali, satu dalam sejuta, sangat beruntung mereka yang memiliki minyak Kasturi asli yang diperbuat dari Pusat Kijang Emas

Sebenar-benar kasturi ialah 'Kasturi Wali' Semua peniaga boleh mengaku menjual Kasturi Asli tapi bukan semua peniaga dapat buktikan bahan wajib kasturi iaitu 'pusat kijang' berada ditangan mereka.. Wangian sunah kasturi wajib dibuat dari pusat kijang


Pati Kasturi / Isi Pusat Kijang , yang dikumpul sejak 16 tahun lepas kini mula diolah untuk dikongsikan manfaatnya kepada mereka yang mencari haruman kasturi sebenar

Koleksi berharga pati kasturi (bahan utama kasturi) yang dikumpul sejak tahun 2002, Rupa isi kasturi seperti biji-biji kopi / nescafe berwarna hitam, apabila diproses menjadi minyak, maka minyak itu akan menjadi hitam seperti air kopi.


Kasturi Wali - Bebas Dari Bahan Sintetik Merbahaya

ramai orang memakai wangian untuk mendapatkan kesegaran, ketenangan dan manfaat lain, tapi berapa ramai yang menyedari, bukan semua wangian itu baik untuk kesihatan terutamanya pewangi sintetik, pada zahirnya memang ia berbau wangi, tapi lama-kelamaan ia mendatangkan mudarat pada fikiran dan jiwa seseorang, kerana banyaknya bahan kimia didalamnya.
 saya tidak mahu sebut jenis bahan yang dicampur, cukup sekadar kita tahu bahan itu untuk ketahanan kepada cuaca panas.

Berbeza pula dengan minyak wangi dari sumber bahan asli bukan sahaja berbau wangi, tetapi mendatangkan ketenangan, keseronokan, kedamaian dan terapi minda pada seseorang. Jadi pilih lah pewangi dari bahan semulajadi yang bebas dari bahan sintetik dan chemical berbahaya.

“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim). Haruman merupakan santapan rohani, manakala kasturi adalah sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman. pilih lah ' Kasturi Wali sebagai penyegar kehidupan seharian anda.
semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t., insyaallah, aminn

Kasturi Wali - Ibarat Emas Hitam, sejuta dalam satu, satu dalam sejuta, Seandainya mereka tahu sudah tentu mereka sanggup menukarkan ketulan-ketulan emas untuk biji-biji kasturi


HADIS NABI BERKAITAN KASTURI

Nabi Muhammad SAW bersabda “Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah misk/kasturi.”
(Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abu Said al Khudriy).
Namun apakah rahsia,khasiat dan keistimewaan yang terkandung di dalam haruman kasturi sehingga baginda bersabda sedemikian?

Sabda nabi S.A.W:"belajarlah Al-Quran serta bacalah kerana perumpamaan Al-Quran bagi orang yang mahu belajar,membaca dan melaksanakannya adalah seperti 1 bekas yang dipenuhi dengan wangian kasturi yang baunya menyebar pada setiap tempat.Dan perumpamaan orang yang mahu memperlajarinya dan ia lupa(mengamalkannya),maka di hatinya seperti ada 1 bekas wangian kasturi yang masih tertutup."
(Riwayat at-Tarmizi)

Dari 'Aisyah r.a, "Seorang wanita bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tentang cara mandi dari haid. Beliau lalu memerintahkan wanita itu bagaimana cara mandi. Beliau bersabda: "Ambillah sepotong kapas yang diberi kasturi lalu bersucilah." Wanita itu bertanya, "Bagaimana aku bersucinya? Beliau menjawab: "Bersucilah dengan kapas itu!" Wanita itu berkata lagi, "Bagaimana caranya aku bersuci?" Beliau bersabda: "Bersucilah dengan menggunakan kapas itu!" Wanita itu bertanya lagi, "Bagaimana caranya?" Maka Beliau berkata, "Subhaanallah. Bersucilah kamu!" Lalu aku menarik wanita itu kearahku, lalu aku katakan, "Kamu bersihkan sisa darahnya dengan kapas itu." (HR al-Bukhari)

Ramai yang biasa mendengar atau pernah mendengarnya tetapi tidak pernah tahu apa dan dari mana asal-usulnya. Itulah kasturi. Apa sahaja haruman, wangian dan kebaikan akan dikaitkan dengan kasturi. Di atas adalah antara hadis-hadis Nabi s.a.w. yang menyebutkan tentang kasturi.

”Ketika aku berjalan di dalam surga, aku berada di sungai yang kedua pinggirnya terbuat dari kubah yang terbuat dari mutiara cekung. Lalu aku bertanya, ‘Apa ini Jibril?’ Jibril menjawab, ‘Ini adalah al-kaustar yang diberikan kepadamu.’ Lalu malaikat memukul dengan tangannya, maka kulihat tanahnya adalah parfum dari minyak kasturi.” (HR Bukhari dan Ahmad).

“Sungguh bau mulut orang yang berpuasa di sisi ALLAH kelak pada hari kiamat lebih wangi daripada minyak kasturi.” (HR. Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasa’i dan Ibnu Majah).

“ Belajarlah Al Quran dan bacalah ia karena orang yang belajar Al Quran dan menyebutkannya dalam shalat tahajjud adalah seumpama sebuah wadah yang terbuka dan penuh kasturi, baunya semerbak merebak ke seluruh tempat dan seseorang yang telah belajar Al Quran tetapi ia tidur dan Al Quran didalam hatinya adalah seumpama sebuah wadah yang penuh dengan kasturi tetapi tertutup.” (HR. Tirmidzi, Nasa’I, Ibnu Majah, Ibnu Hiban.)

Diriwayatka oleh al-Tarmidzi daripada Abu Ayub R.A daripada Nabi Muhammad S.A.W maksudnya,“Empat perkara daripada sunnah Rasul-Rasul iaitu: malu, berwangi-wangian, iwak dan nikah” (Hadis Hassan)

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Aishah R.Anha katanya,” katanya..”Aku telah menyapu minyak wangi kepada Nabi S.A.W dengan minyak wangi sehingga aku dapati bau dan kesan minyak wangi di kepala dan janggutnya”.

Sabda Nabi S.A.W.:
“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)

Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).

Ada berbagai-bagai nama tapi pada hakikatnya ia adalah satu

 Hanya kijang jantan yang terpilih sahaja memiliki sejenis kantung yang mengeluarkan wangian semulajadi. Kantung ini terdapat pada bahagian perut kijang ada orang namakan ia sebagai ''pusat kijang'', ''bintil kijang'', ''ketuat kijang'', atau ''kantung kijang'', menurut orang tua-tua, kantung ini akan gugur ke tanah apabila mencapai tempoh matang. 
Jumlah ''pusat kijang'' ini tak sama bagi setiap kijang, ada kijang yang ada hanya sebiji, ada kijang memiliki tiga biji dan ada yang lima biji (paling rare).
  
Kepelbagaian spesis kantung kasturi dalam simpanan saya

Kantung kasturi dari jenis Kijang Emas / Golden Deer (hyper rare)

Kantung kasturi spesis Kijang biasa (berwarna coklat cerah)

Sabda nabi S.A.W:"belajarlah Al-Quran serta bacalah kerana perumpamaan Al-Quran bagi orang yang mahu belajar,membaca dan melaksanakannya adalah seperti 1 bekas yang dipenuhi dengan wangian kasturi yang baunya menyebar pada setiap tempat.Dan perumpamaan orang yang mahu memperlajarinya dan ia lupa(mengamalkannya),maka di hatinya seperti ada 1 bekas wangian kasturi yang masih tertutup."(Riwayat at-Tarmizi)


Saturday, 13 October 2018

Peluang anda Memiliki Khazanah Emas


Sejarah Kasturi Wali, iaitu wangian kasturi asli hasil dari gabungan ratusan isi pusat kijang ini bermula sejak tahun 2002 lagi, ‘’ Pusat Kijang ‘’, adalah bahan utama untuk membuat minyak wangi yang bernama “Kasturi”. Senang cerita minyak kasturi asli wajib diperbuat dari “pusat kijang”. Kesemua pusat kijang yang diproses ini adalah hasil dari gabungan koleksi yang ada dalam simpanan maulana radin dan dari simpanan saya sendiri.
Pada mulanya ianya untuk kegunaan sendiri sahaja, kerana ianya barang berharga yang sukar untuk diperolehi. Bermula tahun 2018 terdetik dihati saya untuk berkongsi manfaat serta commercialize kan wangian yang sangat berharga ini khususnya kepada umat islam yang masih mencari-cari apakah itu kasturi asli, maka terciptalah nama Kasturi Wali.
Mengapa Kasturi Wali diumapamakan sebagai khazanah emas? Kerana kijang itu sendiri adalah haiwan yang amat sukar ditemui, dan lebih payah nak jumpa yang ada ‘Pusat” atau ada orang panggil sebagai ketuat atau bintil yang mengeluarkan sejenis wangian semulajadi. Mudah cerita tidak semua kijang menghasilkan minyak wangi, hanya kijang jantan yang terpilih sahaja memiliki kelebihan ini.
Beruntunglah mereka yang memiliki Kasturi Wali kerana ia terbuat dari gabungan ratusan isi pusat Kijang yang diambil dari serata dunia turun-temurun dari tangan orang-orang alim dan terkenal sudah tentu ada kelebihan dan keberkahannya, insyaAllah.
Yang menariknya tentang Kasturi Wali ini ialah terdapatnya campuran dari isi pusat KIJANG EMAS / GOLDEN DEER yang teramat payah ditemui sehinggakan ramai yang tidak tahu akan kewujudannya. Saiznya kecil tapi nilainya sangat besar seumpama segunung emas, bagi mereka yang tahu menilai sebuah anugerah alam dan ciptaan Allah s.w.t.




Tuesday, 27 February 2018

Satu Gram Isi kantung / pusat 'kijang biasa' lebih mahal dari satu Gram Emas. Agak-agak berapa pula nilai ''isi kantung Kijang Emas", (GOLDEN DEER) ???

Harga isi pusat kijang dipasaran antarabangsa, kalau ambil isi dalam dia tinggal baki berapa gram je
Harga isi pusat kijang dipasaran antarabangsa

Harga isi pusat kijang dipasaran antarabangsa

pusat kijang emas milik kasturi wali

Wednesday, 21 February 2018

Promosi - Rm30 sebotol , 2 botol Rm50

Ibarat Emas Hitam, sejuta dalam satu, satu dalam sejuta
Wangian sunah kasturi asli, Insyaallah ada hikmah dan berkah Nya

Tuesday, 13 February 2018

Keanehan Pusat Kijang Emas


Sangat jarang dimiliki orang, Pusat Kijang Emas, milik saya sendiri, bukan di copy paste dari dalam internet. Disimpan dalam bekas tupperware tertutup, ia sentiasa mengeluarkan wap / peluh dan akan menghablur menjadi biji-biji isi pusat kijang seperti biji nescafe yang digunakan untuk membuat minyak kasturi.

Kegunaan Kasturi Asli - Kasturi Wali

Selain dari wangian sunah, sebenarnya terdapat berbagai lagi kegunaan bagi kasturi asli, boleh search dalam google, lain orang lain pula pengalamannya disini saya akan hanya bercerita apa yang saya dan sahabat alami sendiri.

Saya mula cenderung kepada minat mengumpul minyak wangi sekitar tahun 2002 lagi. berbagai jenis minyak wangi berada dalam simpanan saya tetapi tiada satu pun yang lebih mendatangkan ketenangan dan nikmat dari dalam jiwa selain daripada dua spesis minyak wangi iaitu kasturi asli dan gaharu asli. Dari situ saya mula mengumpul berbagai jenis kasturi dan gaharu homemade.

kasturi disebut di dalam Al-Quran dan juga sabit di dalam hadis-hadis sohih maka ia mempunyai banyak khasiat antaranya menguatkan pancaindera, menguatkan tenaga batin, ubat lemah jantung, histeria, ubat gemuruh, sawan/ummu sibyan, polio, lakhwah/lumpuh bahagian muka, parkinson, sakit kepala, selsema berpanjangan, menyegarkan kulit dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun kerana untuk mendapatkan kasturi ini agak susah maka harganya mahal. Di dalam wikepedia diberitahu bahawa kasturi ini tidak diketahui kewujudannya pada zaman dahulu sehinggalah pada kurun ke-5 apabila ia disebut di dalam Kitab Talmud @ Taurat Lisan bagi bangsa Yahudi. Ada berbagai-bagai pendapat mengenai kegunaan kasturi asli, cuma yang akan sy tulis disini hanyalah berdasarkan pengalaman saya dan sahabat.
Atur pakai atau cara guna kasturi Wali, sebaik-baiknya mulakan dengan bacaan Bismillah, selawat keatas nabi, baca Al-fatihah niatkan untuk hadiah kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, kaum keluarga baginda, para sahabat, para syuhada serta wali-wali Allah.

* Untuk kegunaan wangian biasa, sapu kasturi pada denyut nadi seperti pergelangan tangan, bawah cuping telinga dan tengkuk.

* Menghentikan tangisan kanak-kanak - sapukan sedikit kasturi wali pada atas kepala dan tapak kaki kanak-kanak yang sedang menangis

* terapi minda dan ketenangan pada jiwa - lumurkan sedikit kasturi wali pada aircond bilik, biarkan bilik sejuk selama 10 minit dan hayati kesegaran haruman kasturi asli.

* Memancing - Sapu sedikit kasturi yang direndam bulu/ kulit kijang putih pada umpan dan joran sebelum memancing

* Daya penarik - Sapu kasturi pada kening dan tengkuk ( mereka yang memakai kasturi memiliki suatu daya tarikkan yang kuat)

* Dijadikan minyak urut - lumurkan kasturi pada telapak tangan, campur sesudu-dua minyak zaitun serta beberapa titis minyak bermentol seperti minyak cap kapak, digunakan untuk mengurut lenguh/ sakit pada pinggang, sendi dan masalah angin dalam badan.

* Menghilangkan bengkak pada kelenjar yang biasa terdapat pada leher dan bawah lengan - Sapu pada bengkak sebelum tidur selama 3 hari berturut-turut (external use only).

* Mengelak gangguan makhluk halus - sapu sedikit kasturi asli pada pergelangan tangan kiri dan kanan sebelum ke tempat keras, (peluh nabi dikatakan berbau seperti kasturi, menyebabkan iblis kepanasan dengan bauan seperti ini.) sebaliknya wangian kasturi digemari oleh golongan dari unsur yang baik.

* Pelaris / Pengasih - Sapu pada badan dan simpan di premis perniagaan.

* Menghindarkan serangga seperti nyamuk dan lain-lain.

* Menguatkan aura batu permata cincin seperti Firus / Fairuz dan lain-lain - Sapu sedikit kasturi pada permukaan permata cincin

* Memulihkan aura diri - setitis kasturi dicampurkan kedalam satu baldi air, digunakan untuk mandian

* Untuk sekatan / pagar rumah serta memulihkan aura / cas negetif yang biasa ikut pulang ke rumah selepas pergi ke hospital atau tempat-tempat keras. Campurkan beberapa titis kasturi ke dalam air masak, masukkan dalam alat penyembur air, spray pada pakaian, kereta dan dalam rumah.

* Lain-lain kegunaan boleh ikut cara sendiri, sebaiknya disapukan terus pada permukaan kulit. Kasturi wali hanyalah suatu jalan ikhtiar, sebaiknya hendaklah kita yakin pada Allah s.w.t yang menyembuhkan, selebihnya hendaklah kita bertawakal dan berserah kepaNya. Semoga semuanyaselamat, Insyaallah.

Monday, 12 February 2018

Kelebihan Kasturi Wali

Berbeza dari produk attar kasturi biasa, kasturi Wali boleh digunakan sebagai suatu jalan ikhtiar dalam terapi diri dan perubatan, ia adalah gabungan dari ratusan pusat kijang yang diambil dari dalam dan luar negara termasuklah kijang-kijang pelik yang sukar ditemui seperti kijang emas, kijang putih dan kijang coklat gelap, menjadikan aromanya unik, iaitu berubah dan tidak sama bergantung pada individu yang memakainya. Saya mengadunkan nya dengan suatu bahan istimewa lain mengikut kaedah petua dan pesanan orang tua dulu-dulu yang menjadikan ia wangian istimewa lain dari yang lain.
Kasturi wali adalah pati kasturi asli iaitu tiada sebarang campuran bahan sintetik untuk memperbanyakannya, cukup dengan sedikit calitan kecil saja pada permukaan kulit, aromanya pada peringkat awal agak kuat, lama-kelamaan apabila meresap ke permukaan kulit ia menghasilkan bauan yang lembut dan manis. Mengenai khasiat dan cara guna akan saya terangkan dalam entry yang lain, insyaallah.

Kelebihan Kijang-Kijang Ganjil - Kijang Emas Kijang Putih Kijang Coklat Gelap Kijang Kuning



Kalau nak cerita sejarah kijang ni dengan orang melayu terlalu banyak, sampai pada logo kelantan dan syilling emas melayu lama pun terukir imej haiwan bernama kijang ini. Kijang normal kebiasaanya berwarna coklat cerah , selain dari itu agak sukar untuk ditemui, jika ada warna lain ia dianggap ganjil atau raja kijang.
 Berbagai-bagai kegunaan yang baik diceritakan oleh orang dulu-dulu mengenai kijang-kijang ganjil ini terutamanya kijang putih sehinggakan ia dicari-cari oleh mereka yang berkerja sebagai nelayan/ pemancing ikan, ahli perniagaan dan pengamal perubatan tradisional. Kijang putih dikatakan sangat sukar untuk ditemui apatah lagi memiliknya.
 Dikatakan hanya orang yang mempunyai ilmu yang tinggi dapat menewaskan kijang putih, peluru senapang pemburu seringkali tersasar dan jika mengenai kulit kijang putih pun tak akan tembus, ia seolah-olah kebal dari senjata. Bulu dan kulit kijang putih juga dikatakan mengeluarkan gelombang / frekuensi tertentu untuk kegunaan pemancing ikan dan peniaga. Manakala Kijang Emas dan Kijang Hitam lagi payah nak jumpa, boleh dikatakan satu dalam sejuta, khasiat dan kelebihannya mengatasi kijang putih.

Apakah Kasturi Asli Dan Pusat Kijang itu?

Kasturi ialah sejenis wangian yang terhasil secara semulajadi dari kijang jantan, manakala pusat kijang adalah suatu alat istimewa yang mengeluarkan sejenis bauan wangi dan gelombang tertentu digunakan oleh kijang jantan untuk menarik / memikat kijang betina ketika musim mengawan. Bukan semua kijang jantan memiliki pusat ini, hanya kijang jantan terpilih memiliki kesitimewaan anugerah Allah s.w.t ini. Saiz dan bilangan biji ketuat / pusat kijang juga tak sama, ada sebiji ada 3 biji dan ada 5 biji (sangat jarang ada).
 Di dalam pusat kijang terdapat 'isi' pusat kijang ada orang panggil 'misik', rupabentuknya seperti biji-biji nescafe, berwarna hitam dan berbau wangi. Biji-biji isi atau misik inilah diproses menjadi minyak kasturi yang berwarna hitam pekat. Nilai isi pusat kijang ini boleh disamakan seperti emas kerana mengandungi berbagai rahsia kegunaannya serta sangat sukar untuk mendapatkanya. Ia dijual dalam unit gram sama seperti emas.  Jangan segan melumurkan minyak kasturi wali yang berwarna hitam ini ke kulit anda kerana ia baik untuk terapi diri dan mengandungi berbagai kegunaan dan khasiat yang dijadikan oleh Allah s.w.t untuk di manfaatkan oleh manusia sebagai salah satu jalan ikhtiar, Insyaallah. 

Pusat kijang pelik / raja kijang dalam simpanan saya, pusat Kijang Emas kembar lima, pusat Kijang Putih, pusat Kijang Coklat Gelap kembar tiga dan pusat Kijang Kuning

Tuesday, 6 February 2018

Pengenalan kepada Kasturi Wali - Asal-usul sejarah







Assalamualaikum w.b.t, bersyukur sy kehadrat Allah s..w.t kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya dapat juga saya siapkan suatu produk untuk dikongsikan khasiat dan manfaatnya kepada umum, yang dinamakan Kasturi Wali, suatu produk wangian kasturi asli istimewa tanpa alkohol koleksi terhad hasil dari gabungan ratusan biji pusat kijang yang diambil dari koleksi Maulana Radin Kasturi dan dari koleksi saya sendiri.

Maulana Radin Kasturi adalah seorang jemaah tabligh dari johor yang sering ke luar negara mengikuti program ijtima tabligh seluruh dunia, beliau mula mengumpul pusat kijang bermula tahun 2002, kebanyakan pusat kijang diambil dari berbagai negara, orang-orang alim dan tuan sheikh yang terkenal sebagai suatu hadiah dan kenangan untuk dibawa pulang ke Malaysia.


Manakala koleksi pusat kijang saya tidaklah banyak seperti koleksi Maulana, kerana saya hanya berminat mengumpul pusat kijang yang pelik dan sukar didapati seperti kijang putih, kijang emas, kijang kuning dan kijang coklat gelap. Pada posting yang lain pula saya akan menceritakan lebih detail lagi kelebihan kijang-kijang yang dianggap ganjil dan luar biasa ini.


Kasturi Wali adalah koleksi terhad stok lama yang dikumpul sejak belasan tahun lepas, dan diambil dengan cara yang berhemah mengikut adab dan tertib dari orang-orang alim, jangan bimbang, tiada lagi buruan keatas kijang untuk mendapatkan kasturi selepas ini, lagipun bukan semua kijang jantan memiliki pusat / ketuat hanya kijang tertentu memiliki kelebihan ketuat/ pusat kijang ini.


Akhir kata saya berharap supaya produk ini mendatangkan manfaat yang besar kepada masyarakat yang sentiasa beroleh kemenangan di dunia dan di akhirat, insyaallah.


Al Fatihah kepada junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w, kaum keluarga baginda, para sahabat serta para wali


- Sheikh Abdul Qadir Al Jailani

- Hamzah Fansuri

- Sheikh Shamsudin Al- Sumaterani

- Sheikh Abdur Rauf Singkel

- Radin Patah

- Tok Ku Pulau Manis

- Tok Ku Tuan Besar

- Tok Ku Paloh


Ekor Kijang Putih

Ekor Kijang Putih - Generate Powerful Aura Teramat sukar diperolehi, dapat bertemu atau melihat kelibat kijang putih pun sudah dianggap ...