Tuesday, 16 October 2018

Lebih Selamat Memilih Kasturi Tempatan

Kasturi mengikut pengertian atau kefahaman masyarakat melayu merujuk kepada sejenis wangian yang dihasilkan dari haiwan bernama kijang.

Berbeza pula kasturi menurut kefahaman masyarakat luar, yang mana wangian daripada musang pun dirujuk kepada kasturi juga (civet musk).

Bagi masyarakat melayu, kijang dan musang itu tidak serupa sama sekali, Kijang adalah haiwan mamalia berdarah panas yang hanya memakan tumbuh-tumbuhan herba terpilih sahaja, ia adalah haiwan  peliharaan istimewa bagi golongan raja dan pembesar serta menjadi ikon kepada kerajaan melayu silam.
 manakala musang adalah haiwan rakus pemangsa bertaring yang memakan apa sahaja termasuk haiwan-haiwan peliharaan dan menjadi musuh kepada penternak.


Wangian daripada kijang tidak boleh disamakan dengan wangian daripada musang kerana ia adalah haiwan yang sangat jauh berbeza baik dari segi zat, sifat, asma' dan af 'al nya. Sebab itu adalah lebih selamat memilih wangian kasturi tempatan berbanding yang luar, yang mana kurang jelas asal-usul dan cara pembuatannya.

Kenapa memilih wangian luar negara yang kita sendiri tak tahu cara pemprosesannya? halal atau haram sumbernya? bagaimana kaedah atau tertib pembuatannya?
pilihlah produk wangian muslim yang mana kita yakin akan kehalalannya untuk dilumur pada badan dan pakaian
moga kita semua terlindung dari syubahah yang terlarang, sebaliknya mendapat keberkahan yang berkekalan dari amalan nabi yang menjadi ikutan dan tauladan. insyaAllah

No comments:

Post a Comment

Ekor Kijang Putih

Ekor Kijang Putih - Generate Powerful Aura Teramat sukar diperolehi, dapat bertemu atau melihat kelibat kijang putih pun sudah dianggap ...