Sejarah Kasturi Wali, iaitu wangian kasturi asli hasil dari gabungan ratusan isi pusat kijang ini bermula sejak tahun 2002 lagi, ‘’ Pusat Kijang ‘’, adalah bahan utama untuk membuat minyak wangi yang bernama “Kasturi”. Senang cerita minyak kasturi asli wajib diperbuat dari “pusat kijang”. Kesemua pusat kijang yang diproses ini adalah hasil dari gabungan koleksi yang ada dalam simpanan maulana radin dan dari simpanan saya sendiri.
Pada mulanya ianya untuk kegunaan sendiri sahaja, kerana ianya barang berharga yang sukar untuk diperolehi. Bermula tahun 2018 terdetik dihati saya untuk berkongsi manfaat serta commercialize kan wangian yang sangat berharga ini khususnya kepada umat islam yang masih mencari-cari apakah itu kasturi asli, maka terciptalah nama Kasturi Wali.
Mengapa Kasturi Wali diumapamakan sebagai khazanah emas? Kerana kijang itu sendiri adalah haiwan yang amat sukar ditemui, dan lebih payah nak jumpa yang ada ‘Pusat” atau ada orang panggil sebagai ketuat atau bintil yang mengeluarkan sejenis wangian semulajadi. Mudah cerita tidak semua kijang menghasilkan minyak wangi, hanya kijang jantan yang terpilih sahaja memiliki kelebihan ini.
Beruntunglah mereka yang memiliki Kasturi Wali kerana ia terbuat dari gabungan ratusan isi pusat Kijang yang diambil dari serata dunia turun-temurun dari tangan orang-orang alim dan terkenal sudah tentu ada kelebihan dan keberkahannya, insyaAllah.
Yang menariknya tentang Kasturi Wali ini ialah terdapatnya campuran dari isi pusat KIJANG EMAS / GOLDEN DEER yang teramat payah ditemui sehinggakan ramai yang tidak tahu akan kewujudannya. Saiznya kecil tapi nilainya sangat besar seumpama segunung emas, bagi mereka yang tahu menilai sebuah anugerah alam dan ciptaan Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment