Tuesday, 6 February 2018

Pengenalan kepada Kasturi Wali - Asal-usul sejarah







Assalamualaikum w.b.t, bersyukur sy kehadrat Allah s..w.t kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya dapat juga saya siapkan suatu produk untuk dikongsikan khasiat dan manfaatnya kepada umum, yang dinamakan Kasturi Wali, suatu produk wangian kasturi asli istimewa tanpa alkohol koleksi terhad hasil dari gabungan ratusan biji pusat kijang yang diambil dari koleksi Maulana Radin Kasturi dan dari koleksi saya sendiri.

Maulana Radin Kasturi adalah seorang jemaah tabligh dari johor yang sering ke luar negara mengikuti program ijtima tabligh seluruh dunia, beliau mula mengumpul pusat kijang bermula tahun 2002, kebanyakan pusat kijang diambil dari berbagai negara, orang-orang alim dan tuan sheikh yang terkenal sebagai suatu hadiah dan kenangan untuk dibawa pulang ke Malaysia.


Manakala koleksi pusat kijang saya tidaklah banyak seperti koleksi Maulana, kerana saya hanya berminat mengumpul pusat kijang yang pelik dan sukar didapati seperti kijang putih, kijang emas, kijang kuning dan kijang coklat gelap. Pada posting yang lain pula saya akan menceritakan lebih detail lagi kelebihan kijang-kijang yang dianggap ganjil dan luar biasa ini.


Kasturi Wali adalah koleksi terhad stok lama yang dikumpul sejak belasan tahun lepas, dan diambil dengan cara yang berhemah mengikut adab dan tertib dari orang-orang alim, jangan bimbang, tiada lagi buruan keatas kijang untuk mendapatkan kasturi selepas ini, lagipun bukan semua kijang jantan memiliki pusat / ketuat hanya kijang tertentu memiliki kelebihan ketuat/ pusat kijang ini.


Akhir kata saya berharap supaya produk ini mendatangkan manfaat yang besar kepada masyarakat yang sentiasa beroleh kemenangan di dunia dan di akhirat, insyaallah.


Al Fatihah kepada junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w, kaum keluarga baginda, para sahabat serta para wali


- Sheikh Abdul Qadir Al Jailani

- Hamzah Fansuri

- Sheikh Shamsudin Al- Sumaterani

- Sheikh Abdur Rauf Singkel

- Radin Patah

- Tok Ku Pulau Manis

- Tok Ku Tuan Besar

- Tok Ku Paloh


1 comment:

  1. Al- Fatihah...

    As Salam Wbt kpd Tuan yg ikhlas dlm berkongsi maklumat berguna ummah.

    Alhamdulillah. Saya membaca setiap post Tuan. Kebelakangan ini, saya hilang arah tuju. hidayah olehNya.satu persatu pelajaran yg baik saya terima. Insyaallah, saya amat berminat dgn memiliki Salah satu hadiah Allah dari syurga didunia ini..haruman Kasturi. Hingga saya terima rezeki halal..Dan akan dptkannya Dari Tuan nanti .

    Wassalam

    ReplyDelete

Ekor Kijang Putih

Ekor Kijang Putih - Generate Powerful Aura Teramat sukar diperolehi, dapat bertemu atau melihat kelibat kijang putih pun sudah dianggap ...