Terdapat beberapa riwayat yang jelas tentang perkaitan antara wangi-wangian itu dengan nikmat di syurga. Iman Ibnu Qayyim rah pernah menulis,"Sesungguhnya Allah swt telah memperlihatkan kepada para hambaNya di dunia ini akan beberapa kesan yang berupa ciri-ciri syurga, Sebagai contohnya bau-bauan yang wangi dan sedap, kedinginan, pemandangan yang indah, buah-buahan yang baik-baik, segala nikmat kesukaan dan kesenangan."
ABU Hurairah berkata: "Ya Rasulullah SAW,daripada apakah dibuat syurga itu? Jawab Baginda: "Daripada air." Kami bertanya: "Beritakan mengenai bangunan syurga!" Jawab Rasulullah bermaksud: "satu bata daripada emas dan satu bata lagi daripada perak dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari zafaran, kerikilnya mutiara dan vakut. (Hadis riwayat Al-Bazzar).
Dalam sebuah hadis lain diceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Tanah syurga itu licin putih, kasturi murni." (Hadis riwayat Muslim).Harumnya bau syurga ini dapat dicium dari jarak perjalanan 100 tahun.

No comments:
Post a Comment