Thursday 22 August 2019

Produk Terbaru Kasturi Wali

Oleh kerana terdapat permintaan yang agak tinggi keatas bulu kijang bertuah seperti Kijang Putih dan Kijang Emas pihak kami ada menyediakan gabungan pelbagai jenis bulu kijang dalam satu beg plastik pada harga mampu milik.

Kini mereka yang berhajat kepada kasturi asli atau bulu kijang putih tidak perlu lagi meredah hutan belantara mendaki gunung-ganang dan merentas berbagai benua semata-mata untuk mendapatkan barangan bertuah ini, segalanya berada di hujung jari dan item akan sampai depan pintu rumah anda dalam masa beberapa hari sahaja.


Tentang kegunaan bulu kijang putih ini ia lebih kepada tarikan kepada sesuatu yang baik dan positif, sebab itu ia menjadi buruan kaki pancing/ nelayan dan ahli perniagaan sejak zaman dahulu lagi.

Dari sudut kajian sains pula bulu kijang juga bergetar pada frekuensi tertentu. Getaran bulu kijang bersifat positif kerana kijang itu sendiri digemari oleh sesiapa sahaja, ia berbeza dengan gelombang bulu harimau yang bersifat berlawanan kerana ditakuti oleh manusia dan juga haiwan lain.

Menurut sahabat Maulana Radin, bulu kijang juga dapat menguatkan gelombang minyak kasturi dengan cara mencampurkannya ke dalam botol kasturi. Mereka yang memakai kasturi ini dikatakan mempunyai tarikan yang kuat. Walaubagaimanapun semuanya dengan izin Allah s.w.t dan kita sebagai hambanya disuruh berusaha dan berikhtiar, semoga kita semua mendapat kemudahan dan kemenangan dunia dan akhirat, insyaallah.



Gabungan berbagai bulu kijang dalam satu beg plastik, terdiri dari bulu Kijang Emas, Kijang Hitam dan kepelbagaian spesis dari jenis Kijang putih.
Rm70 sebungkus. (Stok adalah terhad)

No comments:

Post a Comment

Ekor Kijang Putih

Ekor Kijang Putih - Generate Powerful Aura Teramat sukar diperolehi, dapat bertemu atau melihat kelibat kijang putih pun sudah dianggap ...