Wednesday, 2 October 2019

Kedudukan Minyak Wangi Dalam Peradaban Islam

Minyak wangi mempunyai kedudukan yang istimewa dalam peradaban islam, ia termasuk dalam kategori barangan sunnah dan hadiah yang tidak boleh ditolak
sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam,

من عرض عليه طيب فلا يرد ه فإ نه خفيف المحمل و طيب الرائحة

“Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah dia menolaknya, sesungguhnya ia itu ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya.” (Shahih riwayat Ahmad, Nasa’i, Muslim dan Abu Dawud dari jalan Abu Hurairah)

 “Tiga perkara yang tidak boleh ditolak: bantal-bantal, minyak wangi, dan susu.” (HR. At Tirmidzi dari Umar, dan terdapat di dalam Shahihul Jami’ [3046] dan Ash Shahihah [619] dan Shahih At Tirmidzi [2241])

Minyak wangi juga tergolong dalam lima jenis barangan yang sentiasa dibawa nabi Muhammad S.AW kemana-mana, sudah tentu besar fadhilatnya

Antara barang yang sentiasa dibawa Rasulullah s.a.w,

1 - Sebotol minyak wangi
2 - Sikat
3 - Gunting kecil
4 - Siwak
5 - Cermin


Antara barang yang sentiasa dibawa oleh tuan blog kemana sahaja, sebotol kasturi antik, sebentuk cincin replika Nabi Muhammad s.a.w, dan sebiji buah zuriat Jabal Uhud yang memiliki dzat yang luar biasa.

No comments:

Post a Comment

Ekor Kijang Putih

Ekor Kijang Putih - Generate Powerful Aura Teramat sukar diperolehi, dapat bertemu atau melihat kelibat kijang putih pun sudah dianggap ...