Tuesday, 20 August 2019

Bagaimanakah Aroma Kasturi Wali?

Susah hendak memberi jawapan secara tepat sebenarnya kerana definisi wangi itu sendiri sesuatu yang subjektif, ia berbeza-beza menurut pendapat, kepercayaan, cinta yang mendalam, deria rasa dan deria-deria lain yang tidak dapat diterjemahkan dalam bahasa atau perbendaharaan yang wujud dari seseorang individu.

Kasturi asli secara umumnya menurut pengalaman saya berbau lembut, manis, menyegarkan, mempersonakan dan tidak menyakitkan hidung berbeza dengan kasturi sintetik.
setiap kantung kijang mengeluarkan aroma yang berbeza-beza bukti kekayaan Allah s.w.t yang menjadikan wangi kasturi itu berbagai-bagai.

Misalnya kasturi dari kijang putih mengeluarkan aroma yang lebih kepada maskulin / kejantanan lelaki / hero.

Kasturi dari kijang emas lebih mirip kepada seseorang dengan keperibadian yang merendah diri, warak dan tawadhuk.

Kasturi kijang hitam berbau manis dan memikat lebih kepada ketampanan. Gabungan daripada berbagai jenis kantung kasturi ini menghasilkan suatu aroma yang unik dan tersendiri, ia mengeluarkan bauan yang berlainan bergantung pada individu yang memakainya.

Pendek kata 'lain orang, lain bau kasturi wali ini'. Ia berkait rapat dengan bau badan, diet pemakanan, peluh dan aura mana yang lebih dominan bagi seseorang.

Secara keseluruhannya Kasturi Wali menyerlahkan keyakinan diri, mempamerkan suatu daya tarikan diri yang kuat serta membentuk suatu identiti unik kepada pemakai yang pasti tidak mengecewakan.



No comments:

Post a Comment

Ekor Kijang Putih

Ekor Kijang Putih - Generate Powerful Aura Teramat sukar diperolehi, dapat bertemu atau melihat kelibat kijang putih pun sudah dianggap ...