Tuesday, 27 February 2018

Satu Gram Isi kantung / pusat 'kijang biasa' lebih mahal dari satu Gram Emas. Agak-agak berapa pula nilai ''isi kantung Kijang Emas", (GOLDEN DEER) ???

Harga isi pusat kijang dipasaran antarabangsa, kalau ambil isi dalam dia tinggal baki berapa gram je
Harga isi pusat kijang dipasaran antarabangsa

Harga isi pusat kijang dipasaran antarabangsa

pusat kijang emas milik kasturi wali

Wednesday, 21 February 2018

Promosi - Rm30 sebotol , 2 botol Rm50

Ibarat Emas Hitam, sejuta dalam satu, satu dalam sejuta
Wangian sunah kasturi asli, Insyaallah ada hikmah dan berkah Nya

Tuesday, 13 February 2018

Keanehan Pusat Kijang Emas


Sangat jarang dimiliki orang, Pusat Kijang Emas, milik saya sendiri, bukan di copy paste dari dalam internet. Disimpan dalam bekas tupperware tertutup, ia sentiasa mengeluarkan wap / peluh dan akan menghablur menjadi biji-biji isi pusat kijang seperti biji nescafe yang digunakan untuk membuat minyak kasturi.

Kegunaan Kasturi Asli - Kasturi Wali

Selain dari wangian sunah, sebenarnya terdapat berbagai lagi kegunaan bagi kasturi asli, boleh search dalam google, lain orang lain pula pengalamannya disini saya akan hanya bercerita apa yang saya dan sahabat alami sendiri.

Saya mula cenderung kepada minat mengumpul minyak wangi sekitar tahun 2002 lagi. berbagai jenis minyak wangi berada dalam simpanan saya tetapi tiada satu pun yang lebih mendatangkan ketenangan dan nikmat dari dalam jiwa selain daripada dua spesis minyak wangi iaitu kasturi asli dan gaharu asli. Dari situ saya mula mengumpul berbagai jenis kasturi dan gaharu homemade.

kasturi disebut di dalam Al-Quran dan juga sabit di dalam hadis-hadis sohih maka ia mempunyai banyak khasiat antaranya menguatkan pancaindera, menguatkan tenaga batin, ubat lemah jantung, histeria, ubat gemuruh, sawan/ummu sibyan, polio, lakhwah/lumpuh bahagian muka, parkinson, sakit kepala, selsema berpanjangan, menyegarkan kulit dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun kerana untuk mendapatkan kasturi ini agak susah maka harganya mahal. Di dalam wikepedia diberitahu bahawa kasturi ini tidak diketahui kewujudannya pada zaman dahulu sehinggalah pada kurun ke-5 apabila ia disebut di dalam Kitab Talmud @ Taurat Lisan bagi bangsa Yahudi. Ada berbagai-bagai pendapat mengenai kegunaan kasturi asli, cuma yang akan sy tulis disini hanyalah berdasarkan pengalaman saya dan sahabat.
Atur pakai atau cara guna kasturi Wali, sebaik-baiknya mulakan dengan bacaan Bismillah, selawat keatas nabi, baca Al-fatihah niatkan untuk hadiah kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, kaum keluarga baginda, para sahabat, para syuhada serta wali-wali Allah.

* Untuk kegunaan wangian biasa, sapu kasturi pada denyut nadi seperti pergelangan tangan, bawah cuping telinga dan tengkuk.

* Menghentikan tangisan kanak-kanak - sapukan sedikit kasturi wali pada atas kepala dan tapak kaki kanak-kanak yang sedang menangis

* terapi minda dan ketenangan pada jiwa - lumurkan sedikit kasturi wali pada aircond bilik, biarkan bilik sejuk selama 10 minit dan hayati kesegaran haruman kasturi asli.

* Memancing - Sapu sedikit kasturi yang direndam bulu/ kulit kijang putih pada umpan dan joran sebelum memancing

* Daya penarik - Sapu kasturi pada kening dan tengkuk ( mereka yang memakai kasturi memiliki suatu daya tarikkan yang kuat)

* Dijadikan minyak urut - lumurkan kasturi pada telapak tangan, campur sesudu-dua minyak zaitun serta beberapa titis minyak bermentol seperti minyak cap kapak, digunakan untuk mengurut lenguh/ sakit pada pinggang, sendi dan masalah angin dalam badan.

* Menghilangkan bengkak pada kelenjar yang biasa terdapat pada leher dan bawah lengan - Sapu pada bengkak sebelum tidur selama 3 hari berturut-turut (external use only).

* Mengelak gangguan makhluk halus - sapu sedikit kasturi asli pada pergelangan tangan kiri dan kanan sebelum ke tempat keras, (peluh nabi dikatakan berbau seperti kasturi, menyebabkan iblis kepanasan dengan bauan seperti ini.) sebaliknya wangian kasturi digemari oleh golongan dari unsur yang baik.

* Pelaris / Pengasih - Sapu pada badan dan simpan di premis perniagaan.

* Menghindarkan serangga seperti nyamuk dan lain-lain.

* Menguatkan aura batu permata cincin seperti Firus / Fairuz dan lain-lain - Sapu sedikit kasturi pada permukaan permata cincin

* Memulihkan aura diri - setitis kasturi dicampurkan kedalam satu baldi air, digunakan untuk mandian

* Untuk sekatan / pagar rumah serta memulihkan aura / cas negetif yang biasa ikut pulang ke rumah selepas pergi ke hospital atau tempat-tempat keras. Campurkan beberapa titis kasturi ke dalam air masak, masukkan dalam alat penyembur air, spray pada pakaian, kereta dan dalam rumah.

* Lain-lain kegunaan boleh ikut cara sendiri, sebaiknya disapukan terus pada permukaan kulit. Kasturi wali hanyalah suatu jalan ikhtiar, sebaiknya hendaklah kita yakin pada Allah s.w.t yang menyembuhkan, selebihnya hendaklah kita bertawakal dan berserah kepaNya. Semoga semuanyaselamat, Insyaallah.

Monday, 12 February 2018

Kelebihan Kasturi Wali

Berbeza dari produk attar kasturi biasa, kasturi Wali boleh digunakan sebagai suatu jalan ikhtiar dalam terapi diri dan perubatan, ia adalah gabungan dari ratusan pusat kijang yang diambil dari dalam dan luar negara termasuklah kijang-kijang pelik yang sukar ditemui seperti kijang emas, kijang putih dan kijang coklat gelap, menjadikan aromanya unik, iaitu berubah dan tidak sama bergantung pada individu yang memakainya. Saya mengadunkan nya dengan suatu bahan istimewa lain mengikut kaedah petua dan pesanan orang tua dulu-dulu yang menjadikan ia wangian istimewa lain dari yang lain.
Kasturi wali adalah pati kasturi asli iaitu tiada sebarang campuran bahan sintetik untuk memperbanyakannya, cukup dengan sedikit calitan kecil saja pada permukaan kulit, aromanya pada peringkat awal agak kuat, lama-kelamaan apabila meresap ke permukaan kulit ia menghasilkan bauan yang lembut dan manis. Mengenai khasiat dan cara guna akan saya terangkan dalam entry yang lain, insyaallah.

Kelebihan Kijang-Kijang Ganjil - Kijang Emas Kijang Putih Kijang Coklat Gelap Kijang Kuning



Kalau nak cerita sejarah kijang ni dengan orang melayu terlalu banyak, sampai pada logo kelantan dan syilling emas melayu lama pun terukir imej haiwan bernama kijang ini. Kijang normal kebiasaanya berwarna coklat cerah , selain dari itu agak sukar untuk ditemui, jika ada warna lain ia dianggap ganjil atau raja kijang.
 Berbagai-bagai kegunaan yang baik diceritakan oleh orang dulu-dulu mengenai kijang-kijang ganjil ini terutamanya kijang putih sehinggakan ia dicari-cari oleh mereka yang berkerja sebagai nelayan/ pemancing ikan, ahli perniagaan dan pengamal perubatan tradisional. Kijang putih dikatakan sangat sukar untuk ditemui apatah lagi memiliknya.
 Dikatakan hanya orang yang mempunyai ilmu yang tinggi dapat menewaskan kijang putih, peluru senapang pemburu seringkali tersasar dan jika mengenai kulit kijang putih pun tak akan tembus, ia seolah-olah kebal dari senjata. Bulu dan kulit kijang putih juga dikatakan mengeluarkan gelombang / frekuensi tertentu untuk kegunaan pemancing ikan dan peniaga. Manakala Kijang Emas dan Kijang Hitam lagi payah nak jumpa, boleh dikatakan satu dalam sejuta, khasiat dan kelebihannya mengatasi kijang putih.

Apakah Kasturi Asli Dan Pusat Kijang itu?

Kasturi ialah sejenis wangian yang terhasil secara semulajadi dari kijang jantan, manakala pusat kijang adalah suatu alat istimewa yang mengeluarkan sejenis bauan wangi dan gelombang tertentu digunakan oleh kijang jantan untuk menarik / memikat kijang betina ketika musim mengawan. Bukan semua kijang jantan memiliki pusat ini, hanya kijang jantan terpilih memiliki kesitimewaan anugerah Allah s.w.t ini. Saiz dan bilangan biji ketuat / pusat kijang juga tak sama, ada sebiji ada 3 biji dan ada 5 biji (sangat jarang ada).
 Di dalam pusat kijang terdapat 'isi' pusat kijang ada orang panggil 'misik', rupabentuknya seperti biji-biji nescafe, berwarna hitam dan berbau wangi. Biji-biji isi atau misik inilah diproses menjadi minyak kasturi yang berwarna hitam pekat. Nilai isi pusat kijang ini boleh disamakan seperti emas kerana mengandungi berbagai rahsia kegunaannya serta sangat sukar untuk mendapatkanya. Ia dijual dalam unit gram sama seperti emas.  Jangan segan melumurkan minyak kasturi wali yang berwarna hitam ini ke kulit anda kerana ia baik untuk terapi diri dan mengandungi berbagai kegunaan dan khasiat yang dijadikan oleh Allah s.w.t untuk di manfaatkan oleh manusia sebagai salah satu jalan ikhtiar, Insyaallah. 

Pusat kijang pelik / raja kijang dalam simpanan saya, pusat Kijang Emas kembar lima, pusat Kijang Putih, pusat Kijang Coklat Gelap kembar tiga dan pusat Kijang Kuning

Tuesday, 6 February 2018

Pengenalan kepada Kasturi Wali - Asal-usul sejarah







Assalamualaikum w.b.t, bersyukur sy kehadrat Allah s..w.t kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya dapat juga saya siapkan suatu produk untuk dikongsikan khasiat dan manfaatnya kepada umum, yang dinamakan Kasturi Wali, suatu produk wangian kasturi asli istimewa tanpa alkohol koleksi terhad hasil dari gabungan ratusan biji pusat kijang yang diambil dari koleksi Maulana Radin Kasturi dan dari koleksi saya sendiri.

Maulana Radin Kasturi adalah seorang jemaah tabligh dari johor yang sering ke luar negara mengikuti program ijtima tabligh seluruh dunia, beliau mula mengumpul pusat kijang bermula tahun 2002, kebanyakan pusat kijang diambil dari berbagai negara, orang-orang alim dan tuan sheikh yang terkenal sebagai suatu hadiah dan kenangan untuk dibawa pulang ke Malaysia.


Manakala koleksi pusat kijang saya tidaklah banyak seperti koleksi Maulana, kerana saya hanya berminat mengumpul pusat kijang yang pelik dan sukar didapati seperti kijang putih, kijang emas, kijang kuning dan kijang coklat gelap. Pada posting yang lain pula saya akan menceritakan lebih detail lagi kelebihan kijang-kijang yang dianggap ganjil dan luar biasa ini.


Kasturi Wali adalah koleksi terhad stok lama yang dikumpul sejak belasan tahun lepas, dan diambil dengan cara yang berhemah mengikut adab dan tertib dari orang-orang alim, jangan bimbang, tiada lagi buruan keatas kijang untuk mendapatkan kasturi selepas ini, lagipun bukan semua kijang jantan memiliki pusat / ketuat hanya kijang tertentu memiliki kelebihan ketuat/ pusat kijang ini.


Akhir kata saya berharap supaya produk ini mendatangkan manfaat yang besar kepada masyarakat yang sentiasa beroleh kemenangan di dunia dan di akhirat, insyaallah.


Al Fatihah kepada junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w, kaum keluarga baginda, para sahabat serta para wali


- Sheikh Abdul Qadir Al Jailani

- Hamzah Fansuri

- Sheikh Shamsudin Al- Sumaterani

- Sheikh Abdur Rauf Singkel

- Radin Patah

- Tok Ku Pulau Manis

- Tok Ku Tuan Besar

- Tok Ku Paloh


Ekor Kijang Putih

Ekor Kijang Putih - Generate Powerful Aura Teramat sukar diperolehi, dapat bertemu atau melihat kelibat kijang putih pun sudah dianggap ...