Sunday, 20 October 2019

Pengurusan Stress

Dalam keadaan dunia globalisasi sekarang, jarak manusia pelbagai kaum dan negara dah menjadi semakin dekat dan hampir tiada sempadannya,

peluang ini diambil oleh golongan yang tidak bertangungjawab untuk menyebarkan fitnah dan perkara yang tidak betul dengan tujuan mencipta konflik yang bermatlamatkan duit dan keuntungan dunia yang bersifat sementara,

Dengan teknologi 4G dan 5G, masa seolah-olah bergerak lebih pantas mendorong manusia mengejar waktu dan wang setiap masa dan ketika,

keadaan ini jika berlanjutan dalam tempoh masa yang lama akan menyebabkan renggangnya kasih sayang antara suami dan isteri serta anak-anak dengan ibu-bapa, impaknya ialah konflik dalaman keluarga dan berita sadis yang kita dengar baru-baru ini yang melibatkan sebuah keluarga di Melaka.

kita sebagai umat islam seharusnya berfikir dahulu sebelum menerima sesuatu maklumat dan tidak bersikap terburu-buru kerana sikap tergesa-gesa itu sendiri didorong oleh nafsu dan hasutan syaitan.

Setiap tindakan perlu lah dipertimbangkan dengan akal yang waras, jiwa yang matang, dan dengan penuh kesabaran, kerana sabar itu sendiri separuh daripada iman.
Memaafkan kesalahan orang lain bukan bererti kita kalah tetapi ia adalah sifat terpuji nabi Muhammad s.a.w yang perlu kita teladani.

Marilah kita umat islam yang taat mengikut akhlak terpuji Rasulullah s.a.w, dengan menerapkan sifat-sifat terpuji nabi seperti siddiq, tabligh amanah dan fatanah.

Luangkan masa bersama isteri dan anak-anak ditempat-tempat perkelahan, nikmati kedamaian alam bersama-sama keluarga tersayang, ingat ketika kita sakit anak isteri lah yang akan teman dan menjaga kita, sesibuk mana kita jangan sesekali tinggal dan abaikan keluarga.

Mungkin bagi anda ini adalah perkara kecil tetapi bagi keluarga, masa yang anda luangkan sangat berharga dan bermakna untuk dikenang sepanjang hayat.

Semoga kita semua mendapat rahmat dan keredhaan Allah s.w.t, insyaAllah, aminn.

Dibawah artikel ini sy pamerkan tiga jenis barangan kesayangan saya, susah senang sentiasa setia dibawa bersama kemana sahaja, ia juga bertindak sebagai therapi minda dan penenang jiwa, ianya ialah sebotol Kasturi Wali botol antik, sebentuk replika cincin Nabi Muhammad S.A.W dan sebiji buah Zuriat Jabal Uhud.



Hati menjadi tenang dengan berzikir dan mengingati Allah



Wednesday, 2 October 2019

Kedudukan Minyak Wangi Dalam Peradaban Islam

Minyak wangi mempunyai kedudukan yang istimewa dalam peradaban islam, ia termasuk dalam kategori barangan sunnah dan hadiah yang tidak boleh ditolak
sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam,

من عرض عليه طيب فلا يرد ه فإ نه خفيف المحمل و طيب الرائحة

“Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah dia menolaknya, sesungguhnya ia itu ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya.” (Shahih riwayat Ahmad, Nasa’i, Muslim dan Abu Dawud dari jalan Abu Hurairah)

 “Tiga perkara yang tidak boleh ditolak: bantal-bantal, minyak wangi, dan susu.” (HR. At Tirmidzi dari Umar, dan terdapat di dalam Shahihul Jami’ [3046] dan Ash Shahihah [619] dan Shahih At Tirmidzi [2241])

Minyak wangi juga tergolong dalam lima jenis barangan yang sentiasa dibawa nabi Muhammad S.AW kemana-mana, sudah tentu besar fadhilatnya

Antara barang yang sentiasa dibawa Rasulullah s.a.w,

1 - Sebotol minyak wangi
2 - Sikat
3 - Gunting kecil
4 - Siwak
5 - Cermin


Antara barang yang sentiasa dibawa oleh tuan blog kemana sahaja, sebotol kasturi antik, sebentuk cincin replika Nabi Muhammad s.a.w, dan sebiji buah zuriat Jabal Uhud yang memiliki dzat yang luar biasa.

Ekor Kijang Putih

Ekor Kijang Putih - Generate Powerful Aura Teramat sukar diperolehi, dapat bertemu atau melihat kelibat kijang putih pun sudah dianggap ...