Friday, 22 February 2019

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati



Pengunaan kasturi yang benar-benar asli yakni minyak yang terhasil dari ekstrak kantung kijang khususnya Kasturi Wali sebagai suatu petua mencegah dari gangguan makhluk halus telah diamalkan oleh orang tua-tua sejak dahulu lagi.

Walaupun tiada bukti secara saintifik ianya berkesan seratus-peratus, namun tidak salah mencuba dan berikhtiar dengan kasturi, bak kata pepatah, ‘’jika tiada angin bertiup tak akan ada pokok bergoyang’’.

Teringat pesan orang dulu-dulu, selepas musim tengkujuh ketika angin monsun bergerak dari tanah besar china elakkan kanak-kanak dan ibu mengandung dari bermain di tepi pantai kerana ketika itu banyak penyakit yang datang asbab dari makhluk halus dari laut.

Mungkin ada yang menyangkal atau tidak pecaya kepada benda-benda ghaib sebegini tapi pada kenyataannya memang berlaku pertambahan pesakit secara mendadak selepas musim-musim berangin sejuk sebegini. 

Jika melihat pada hakikat kejadian hukum alam ini yang baik akan mendekat kepada yang baik dan yang buruk akan mendekat kepada yang buruk seperti suatu daya tarikan magnet, dalam sains moden ia dipanggil law of attraction.

Terdapat terlalu banyak contoh, kisah dan sirah nabi yang boleh dijadikan kajian, pengajaran dan pedoman , supaya mudah difahami hukum 'tarikan' dan 'penolakan', ia ibarat seperti orang yang baik tidak akan berkawan dengan orang yang jahat dan orang jahat tidak akan berkawan dengan orang yang baik kerana sifat mereka berlawanan. 

Misalnya sesuatu yang buruk / makhluk yang tidak baik lebih cenderung kepada tempat tinggal yang kotor seperti longkang, tandas dan tong sampah dan begitulah sebaliknya yang baik suka kepada kebaikan, kebersihan dan wangian. 

Sebagai contoh lebah yang mendatangkan ubat, baik dari madu dan juga sengatannya, hanya mencari bunga-bungaan herba terpilih, berbeza dengan lalat yang mendatangkan penyakit suka menghinggap kepada najis dan bangkai yang kotor.

Khinzir, kancil dan kijang juga boleh dibuat perbandingan, baik dari segi tempat tinggal, akhlak dan pemakanan. 

Bukan maksud saya mengatakan khinzir itu tidak baik, kerana setiap haiwan mempunyai fungsi dan peranan masing-masing, cuba fikirkan jika tiada khinzir, siapa yang akan memakan dan membersihkan bangkai dan benda-benda busuk ditempat pembuangan sampah. 

Dan jika tiada lebah dan rusa pula siapa yang akan sanggup mencari tumbuh-tumbuhan herba didalam hutan belantara, semuanya bermanfaat dan tidak diciptakan sia-sia.

Apa yang ingin difahamkan disini ialah konsep dan aturan alam iaitu yang ‘buruk’ tidak akan cenderung kepada yang baik dan yang ‘baik’ tidak akan cenderung kepada yang buruk.

Kasturi datang dari haiwan pembersih bernama kijang yang memang tabiat dan pemakanannya diakui bersih dan baik sehingga dijadikan haiwan peliharaan bagi golongan Raja zaman dahulu, sifat wangi kantung kijang itu adalah 'azali' iaitu anugerah besar dari Allah s.w.t iaitu bukan dibuat-buat dari bahan pewangi sintetik .

Semoga dengan pemakaian Kasturi Wali ini dapat menjauhi makhluk yang tidak baik, dalam masa yang sama dapat menarik kebaikan insyaAllah . Lalat sampah dan nyamuk juga tidak menyukai haruman kasturi asli dan menjauhkan diri dari si pemakai kasturi. Marilah kita mencontohi akhlak dan adab Rasulullah s.a.w yang sangat menyukai kebersihan dan wangian.
Agar kita semua mendapat kebaikan, manfaat dan keredhaan Allah s.w.t dari amalan mencontohi nabi Muhammad Rasulullah s.a.w.. InsyaAllah, aminn.

Ekor Kijang Putih

Ekor Kijang Putih - Generate Powerful Aura Teramat sukar diperolehi, dapat bertemu atau melihat kelibat kijang putih pun sudah dianggap ...